Berita / Aktiviti

MESYUARAT SUKAN ZON 5 SKTS KALI KE-14 BIL. 1/2026

Mesyuarat Sukan Zon 5 Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) Kali Ke-14, Bil. 1/2026 telah diadakan pada 10 September 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh lima Pegawai Eksekutif PBT Zon 5 serta dihadiri wakil daripada setiap PBT. Mesyuarat membincangkan persediaan Kontinjen Zon 5 bagi menghadapi Sukan Zon SKTS Ke-14 Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 13 November 2026 di Sandakan. Antara perkara dibincangkan ialah pembentukan jawatankuasa, pemilihan atlet, jadual latihan, penyediaan pakaian kontinjen dan penginapan. Perbincangan turut melibatkan penyelarasan persediaan antara Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Pitas dan Majlis Daerah Tuaran. Kerjasama semua PBT penting bagi memastikan Kontinjen Zon 5 bersedia dan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar sebelum kejohanan.

Sesi Suai Kenal Ahli Majlis Baharu MDKM Sesi 2026/2027

Sesi Suai Kenal Ahli Majlis Baharu Bersama Pengerusi dan Pegawai Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah diadakan pada 7 September 2026 di Bilik Mesyuarat MDKM. Sesi dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN N.6 Bandau. Turut hadir YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N.7 Tandek, Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, serta Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM. Program meliputi amanat, perkongsian pengalaman, taklimat tadbir urus, Ikrar Bebas Rasuah dan pembentukan Ahli Jawatankuasa bagi memperkukuh integriti, amanah dan tanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan kepada masyarakat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

PROGRAM KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI PPR KOTA MARUDU 2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah menganjurkan Program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Komuniti PPR pada 29 Ogos 2026 di Dewan Komuniti PPR. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan kebersihan, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Pelbagai pengisian disediakan melalui perkongsian daripada MDKM, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu, Hospital Kota Marudu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Program 10 Ribu Langkah Bersama Komuniti PPR bagi menggalakkan amalan hidup aktif, sihat dan meningkatkan semangat kebersamaan komuniti.

Program Jom Sarapan Bersama Bank Rakyat

Program Jom Sarapan Bersama Bank Rakyat telah diadakan pada 26 Ogos 2026 bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh kerjasama antara MDKM dengan pihak Bank Rakyat. Program dalam suasana santai dan mesra ini turut dihadiri oleh Tuan Abdul Sani, Pegawai Eksekutif MDKM dan Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Tadbir. Diharapkan program seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuh hubungan baik serta mewujudkan jaringan kerjasama yang positif antara MDKM dan rakan strategik.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 🌺 Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 Tahun 2026 dan Hari Sabah kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya seluruh warga Kota Marudu. Sempena sambutan yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai keamanan dan memelihara keharmonian yang telah dinikmati oleh generasi terdahulu sehingga hari ini. Sebagai rakyat Malaysia dan anak negeri Sabah, marilah kita terus menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghormati kepelbagaian budaya, agama dan adat yang menjadi kekuatan kita. Sabah dan Malaysia mempunyai sejarah serta identiti yang tersendiri, namun kita tetap berdiri teguh sebagai satu keluarga dalam sebuah negara yang berdaulat. Daripada MDKM untuk seluruh Malaysia dan Kota Marudu khususnya, marilah kita terus berganding bahu membangunkan daerah dan negeri tercinta, menjaga keamanan serta mewariskan semangat perpaduan kepada generasi akan datang. Kemerdekaan adalah amanah, perpaduan adalah kekuatan dan masa depan Malaysia serta Sabah adalah tanggungjawab kita bersama. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΊ SELAMAT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sabah Maju Jaya!

Arkib Berita / Aktiviti

Arkib Berita / Aktiviti menyediakan koleksi berita dan acara terdahulu untuk rujukan anda. Lihat perkembangan terkini dan aktiviti yang telah dijalankan dalam satu platform yang mudah diakses.

Pengumuman / Hebahan

Notis Umum

Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengeluarkan Notis Umum Perintah Pengalihan Kenderaan Terbiar/Usang di kawasan awam sekitar Taman Perumahan Beringin, Kota Marudu sebagai langkah memastikan kawasan awam sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur, selamat dan bebas daripada kenderaan yang ditinggalkan tanpa penyelenggaraan. Melalui notis tersebut, semua pemilik kenderaan yang terlibat diberikan tempoh selama 14 hari dari tarikh notis untuk mengalihkan kenderaan masing-masing sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan. Sekiranya pemilik gagal mematuhi arahan dalam tempoh yang ditetapkan, MDKM akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa termasuk menunda serta memindahkan kenderaan berkenaan ke depot simpanan majlis, dengan segala kos penundaan dan penyimpanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik. Majlis Daerah Kota Marudu menyeru kerjasama semua pemilik kenderaan untuk mematuhi notis yang dikeluarkan demi menjaga kebersihan, keselamatan, kelancaran lalu lintas serta kesejahteraan persekitaran kawasan awam di daerah Kota Marudu.\r\n

Bersama-sama kita melonjakkan ekonomi di Daerah Kota Marudu

πŸ“’ PERHATIAN WARGA KOTA MARUDU, KHUSUSNYA USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN WANITA! πŸ“’ Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dengan kerjasama Sabah Credit Corporation, Institut Pembangunan Sabah (IDS) dan IDS Infotech akan menganjurkan Bengkel Keusahawanan DAYANG 2026 (Zon Kudat: Daerah Kota Marudu) pada 6 Jun 2026 (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di Dewan Terbuka Tandek, Kota Marudu. Bengkel percuma ini menawarkan pendedahan mengenai Dana Pinjaman DAYANG, peluang jaringan usahawan, bimbingan perniagaan serta perkongsian pelesenan oleh MDKM. Orang ramai yang berminat dijemput mendaftar segera melalui kod QR pada poster kerana tempat adalah terhad.

Tawaran Penyewaan Premis Perniagaan

πŸ“’ PELUANG PERNIAGAAN UNTUK WARGA KOTA MARUDU! πŸ“’ Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) mempelawa usahawan tempatan, peniaga kecil dan individu yang berminat untuk merebut peluang menyewa premis perniagaan di kawasan strategik Medan Marudu bagi menjalankan perniagaan jualan pelbagai dengan kadar sewa bulanan RM400.00 serta kekosongan sebanyak tiga (3) unit gerai. Premis ini sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan seperti makanan dan minuman, barangan harian, pakaian, aksesori, kraftangan dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan. Dokumen permohonan mula dijual bermula 14 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026 di Kaunter Majlis Daerah Kota Marudu, Aras Bawah, Bangunan Kompleks MDKM pada waktu urusan Isnin hingga Khamis jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 3.00 petang manakala Jumaat jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.00 petang. Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan kepada permastautin Daerah Kota Marudu dan pemohon yang mempunyai lesen perniagaan serta hanya satu permohonan dibenarkan bagi setiap pemohon. Dokumen diperlukan ialah borang permohonan lengkap, dua salinan kad pengenalan, sekeping gambar pasport, satu salinan lesen perniagaan dan dokumen sokongan berkaitan jika ada. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mei 2026 jam 12.00 tengah hari. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 088-661163 sambungan 106, 107 dan 109. Terima kasih.\r\n

HEBAHAN KEPADA PENIAGA PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU 2026.

Dimaklumkan bahawa permohonan penyertaan bagi peniaga sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu 2026 kini dibuka kepada orang awam dengan ketetapan seperti berikut, iaitu tarikh acara pada 6 hingga 10 Mei 2026, tarikh mula permohonan pada 27 April 2026, dan tempat mengambil borang adalah di Kaunter Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) pada waktu pejabat. Pesta Kaamatan merupakan acara tahunan yang signifikan dalam meraikan warisan budaya dan para peniaga adalah dipelawa untuk mengambil peluang ini bagi menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang tempoh penganjuran program. Justeru, para peniaga yang berminat hendaklah hadir ke kaunter MDKM untuk mendapatkan borang permohonan serta melengkapkan segala maklumat yang diperlukan, dan permohonan yang lengkap akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis. Pihak MDKM amat menggalakkan penyertaan peniaga tempatan bagi memeriahkan suasana pesta di samping menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti setempat. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi Pejabat MDKM di talian 088-661163 atau hadir terus ke pejabat MDKM pada waktu pejabat. Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN KEROSKAN TELEPON PEJABAT DAN FAKSIMILI

Arkib Pengumuman / Hebahan

Lihat senarai pengumuman dan hebahan terkini serta yang lepas. Pautan ini menyediakan akses kepada maklumat penting yang telah diumumkan dari semasa ke semasa untuk rujukan anda.

Tender / Sebutharga

Tender / Sebutharga Tajuk Perolehan Tambahan Tarikh Tutup

Pautan Pantas

CodePen - partners logo slider