Arkib Pengumuman / Hebahan

Notis Umum

Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengeluarkan Notis Umum Perintah Pengalihan Kenderaan Terbiar/Usang di kawasan awam sekitar Taman Perumahan Beringin, Kota Marudu sebagai langkah memastikan kawasan awam sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur, selamat dan bebas daripada kenderaan yang ditinggalkan tanpa penyelenggaraan. Melalui notis tersebut, semua pemilik kenderaan yang terlibat diberikan tempoh selama 14 hari dari tarikh notis untuk mengalihkan kenderaan masing-masing sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan. Sekiranya pemilik gagal mematuhi arahan dalam tempoh yang ditetapkan, MDKM akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa termasuk menunda serta memindahkan kenderaan berkenaan ke depot simpanan majlis, dengan segala kos penundaan dan penyimpanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik. Majlis Daerah Kota Marudu menyeru kerjasama semua pemilik kenderaan untuk mematuhi notis yang dikeluarkan demi menjaga kebersihan, keselamatan, kelancaran lalu lintas serta kesejahteraan persekitaran kawasan awam di daerah Kota Marudu.\r\n

Bersama-sama kita melonjakkan ekonomi di Daerah Kota Marudu

📢 PERHATIAN WARGA KOTA MARUDU, KHUSUSNYA USAHAWAN DAN BAKAL USAHAWAN WANITA! 📢 Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dengan kerjasama Sabah Credit Corporation, Institut Pembangunan Sabah (IDS) dan IDS Infotech akan menganjurkan Bengkel Keusahawanan DAYANG 2026 (Zon Kudat: Daerah Kota Marudu) pada 6 Jun 2026 (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang di Dewan Terbuka Tandek, Kota Marudu. Bengkel percuma ini menawarkan pendedahan mengenai Dana Pinjaman DAYANG, peluang jaringan usahawan, bimbingan perniagaan serta perkongsian pelesenan oleh MDKM. Orang ramai yang berminat dijemput mendaftar segera melalui kod QR pada poster kerana tempat adalah terhad.

Tawaran Penyewaan Premis Perniagaan

📢 PELUANG PERNIAGAAN UNTUK WARGA KOTA MARUDU! 📢 Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) mempelawa usahawan tempatan, peniaga kecil dan individu yang berminat untuk merebut peluang menyewa premis perniagaan di kawasan strategik Medan Marudu bagi menjalankan perniagaan jualan pelbagai dengan kadar sewa bulanan RM400.00 serta kekosongan sebanyak tiga (3) unit gerai. Premis ini sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan seperti makanan dan minuman, barangan harian, pakaian, aksesori, kraftangan dan lain-lain aktiviti yang dibenarkan. Dokumen permohonan mula dijual bermula 14 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026 di Kaunter Majlis Daerah Kota Marudu, Aras Bawah, Bangunan Kompleks MDKM pada waktu urusan Isnin hingga Khamis jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 3.00 petang manakala Jumaat jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.00 petang. Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan kepada permastautin Daerah Kota Marudu dan pemohon yang mempunyai lesen perniagaan serta hanya satu permohonan dibenarkan bagi setiap pemohon. Dokumen diperlukan ialah borang permohonan lengkap, dua salinan kad pengenalan, sekeping gambar pasport, satu salinan lesen perniagaan dan dokumen sokongan berkaitan jika ada. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mei 2026 jam 12.00 tengah hari. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 088-661163 sambungan 106, 107 dan 109. Terima kasih.\r\n

HEBAHAN KEPADA PENIAGA PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU 2026.

Dimaklumkan bahawa permohonan penyertaan bagi peniaga sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu 2026 kini dibuka kepada orang awam dengan ketetapan seperti berikut, iaitu tarikh acara pada 6 hingga 10 Mei 2026, tarikh mula permohonan pada 27 April 2026, dan tempat mengambil borang adalah di Kaunter Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) pada waktu pejabat. Pesta Kaamatan merupakan acara tahunan yang signifikan dalam meraikan warisan budaya dan para peniaga adalah dipelawa untuk mengambil peluang ini bagi menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang tempoh penganjuran program. Justeru, para peniaga yang berminat hendaklah hadir ke kaunter MDKM untuk mendapatkan borang permohonan serta melengkapkan segala maklumat yang diperlukan, dan permohonan yang lengkap akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis. Pihak MDKM amat menggalakkan penyertaan peniaga tempatan bagi memeriahkan suasana pesta di samping menyokong pertumbuhan ekonomi komuniti setempat. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi Pejabat MDKM di talian 088-661163 atau hadir terus ke pejabat MDKM pada waktu pejabat. Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN KEROSKAN TELEPON PEJABAT DAN FAKSIMILI

NOTIS PENGUATKUASAAN: DILARANG MENJAJA

NOTIS PENGUATKUASAAN: DILARANG MENJAJA. Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dengan ini menegaskan bahawa semua aktiviti menjaja adalah DILARANG SAMA SEKALI di kawasan berikut: : Pekan Sedco Tandek,  Kiosk, Kawasan Sekolah Tandek. Larangan ini berkuat kuasa serta-merta bermula dari tarikh notis dikeluarkan. Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana individu yang ingkar selaras dengan peruntukan di bawah Local Government Ordinance 1961 (Sabah Cap. 132) serta Undang-Undang Kecil Majlis Daerah Kota Marudu yang sedang berkuat kuasa. MDKM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan dan barangan sekiranya operasi pengalihan atau sitaan dilaksanakan. Semua pihak diminta memberi kerjasama dan mematuhi arahan ini demi menjaga keselamatan, kebersihan serta ketenteraman awam. Sekian, harap maklum.

PERMOHONAN TAPAK BAZAR RAMADAN 2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) mempelawa para peniaga yang berminat untuk membuat Permohonan Tapak Bazar Ramadan 2026 yang akan diadakan di Perkarangan Parkir Dewan Serbaguna Kota Marudu. Tarikh Pendaftaran: Permohonan dibuka bermula 9 hingga 11 Februari 2026 dan pendaftaran adalah secara fizikal di Kaunter Hasil MDKM. Perhatian kepada Pemohon: Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas. Perlu membawa salinan Kad Pengenalan, Kad Kesihatan dan Sijil Pengendalian Makanan. Kelulusan permohonan adalah terhad berdasarkan lot yang tersedia. Orang ramai yang berminat dialu-alukan untuk hadir membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus di Kaunter MDKM. Rebut peluang berniaga sempena Ramadan 2026 bersama MDKM.\r\n

Kadar Bayaran Pemasangan Bahan-Bahan Kempen Pilihan Raya Umum DUN Sabah Ke - 17

Majlis Daerah Kota Marudu mengumumkan bahawa bayaran untuk memasang bahan kempen bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 adalah seperti berikut: Bayaran pemasangan bahan kempen ialah RM1,000. Deposit pembersihan bahan kempen ialah RM1,000. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah RM2,000. Tuntutan balik deposit pembersihan mesti dibuat dalam masa 7 hari selepas tarikh tamat pilihan raya. Jika tidak, deposit itu akan dilucutkan dan tidak boleh dituntut lagi. Semua parti politik atau calon yang bertanding mesti bayar jumlah ini kepada Majlis Daerah Kota Marudu terlebih dahulu sebelum memasang sebarang bahan kempen. Kerjasama semua pihak dalam mematuhi peraturan ini amat dihargai. Sekian, terima kasih.

Notis Umum

Pemakluman Penutupan Sementara Kawasan Tamu Berbumbung PEKAN TANDEK\r\nAdalah dimaklumankan bahawa bermula pada 16 JUN 2025 SEHINGGA 01 OGOS 2025 kawasan bangunan tamu akan ditutup sementara bagi memberi ruang untuk kerja-kerja menaiktaraf kawasan tersebut.\r\nSehubungan dengan itu, semua aktiviti tamu mingguan akan dibenarkan di kawasan seperti lampiran pelan disertakan.\r\nKerjasama semua pihak yang terlibat amat dihargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.\r\n

PENUTUPAN SEMENTARA DEWAN KOMUNITI

NOTIS PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA DEWAN KOMUNITI\r\n\r\nDimaklumkan kepada orang awam bahawa bermula pada 1 Jun 2025, Dewan Komuniti Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) akan ditutup sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan menyeluruh dilaksanakan. Penutupan ini adalah penting untuk memastikan dewan sentiasa berada dalam keadaan selamat, bersih dan kondusif untuk semua pengguna.\r\nAntara kerja yang akan dijalankan termasuklah pembaikan struktur bangunan, sistem elektrik, sistem penghawa dingin, serta penyelenggaraan fasiliti sokongan. Sepanjang tempoh ini, tiada tempahan atau penggunaan dewan akan dibenarkan, dan orang ramai dinasihatkan untuk merancang semula sebarang aktiviti yang melibatkan penggunaan dewan.\r\n\r\n\r\nMDKM memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama serta pemahaman daripada semua pihak. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui pejabat MDKM.\r\nSekian, terima kasih.\r\n\r\nMajlis Daerah Kota Marudu (MDKM)

Notis Penilaian Harta Berkadar

📢 Notis Penilaian Harta Berkadar 📄 Notis penilaian harta terkini yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di talian rasmi MDKM. #MDKM #PenilaianHarta #NotisRasmi

SURAT MAKLUMAN KADAR BAHARU LESEN

Permintaan notis/bil harta/lesen Majlis Daerah Kota Marudu.

Permintaan notis/bil harta/lesen Majlis Daerah Kota Marudu adalah permohonan rasmi yang diajukan oleh pemilik hartanah atau pemegang lesen kepada pihak majlis untuk mendapatkan notis atau bil berkaitan pembayaran cukai atau yuran lesen. Sila scan QR code yang disediakan untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

PROGRAM PEMERIKSAAN MATA SECARA PERCUMA

Pada 4,April 2024 satu lawatan telah diadakan oleh Rotary Club ke Majlis Kaerah Kota Marudu seterusnya membincangkan program rotary club yg akan diadakan di km iaitu Program Pemerisaan Mata Secara Percuma dan telah dipersetuju telah ditetapkan Pada 21, April 2024 bertempat di Dewan PPR Taman Korongkom Jaya.\r\n\r\n \r\n\r\n\r\n

Pautan Pantas

CodePen - partners logo slider