Arkib Berita / Aktiviti

Mesyuarat Pasar Am Kain dan Sesi Libat Urus Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM)

Mesyuarat Pasar Am Kain dan Sesi Libat Urus Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah diadakan pada 3 November 2026, bertempat di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM, dengan penyelarasan oleh Tuan Sufian Salim, Penolong Jurutera dan Encik T. Frankey Marcellinus Tiansong dari Unit Penilaian, Bahagian Kewangan. Perbincangan merangkumi kadar sewaan meja, serta caj elektrik, dengan penama ditawarkan sehingga dua lot. Pihak MDKM turut menggalakkan kerjasama peniaga mematuhi ketetapan baharu serta menyertai gotong-royong pada 4 November 2026. Seterusnya, sesi soal jawab diadakan bagi membolehkan peniaga mengemukakan pertanyaan, pandangan dan isu berkaitan pengurusan pasar.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Landskap Halaman Pejabat

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Landskap Halaman Pejabat sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026 pada 19 Oktober 2026, diketuai oleh Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM. Hadiah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Maijol Mahap, JP, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap ADUN N.6 Bandau. Pejabat Daerah Kota Marudu muncul juara, diikuti Jabatan Penerangan dan Jabatan Pertanian Kota Marudu. Jabatan lain turut menerima hadiah saguhati, manakala Jabatan Kerja Raya Kota Marudu memenangi Anugerah Khas Like Facebook Terbanyak. Pertandingan ini bertujuan memupuk budaya kebersihan, menceriakan persekitaran pejabat dan menyemarakkan semangat patriotisme.

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) Kali Ke-1/2026

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) Kali Ke-1/2026 telah diadakan pada 19 Oktober 2026 di Bilik Gerakan MDKM, dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN N.6 Bandau, dengan penyelarasan Puan Meirin Sugara dan Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM. Mesyuarat membincangkan laporan syarikat berkaitan, pengesahan minit mesyuarat pelbagai jawatankuasa serta pengendorsan Notis Senarai Penilaian dan Perintah Kadar MDKM Tahun 2027. Cadangan lawatan kerja sambil belajar turut dibincangkan bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan keberkesanan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan MDKM kepada masyarakat.

Mesyuarat Jawatankuasa Setinggan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) Kali Ke-1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Setinggan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) Kali Ke-1/2026 telah diadakan pada 16 Oktober 2026 di Bilik Gerakan MDKM, dipengerusikan oleh Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu. Mesyuarat diselaraskan oleh Tuan Johnny Mausai, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, dan Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Eksekutif MDKM, serta dihadiri wakil JIM Kudat, PPHT, JPS, Ahli Majlis dan kakitangan MDKM. Perbincangan merangkumi tindakan terhadap penempatan setinggan di Kampung Baharu, pemberian mandat kepada Ahli Majlis serta penamaan tapak baharu sebagai Kampung Ranau Ranau Baru. Puan Meirin menegaskan komitmen menyelesaikan isu setinggan di Kota Marudu pada tahun 2026 melalui kerjasama agensi berkaitan.

Program Hari Bertemu Pelanggan

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah menyertai Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Pejabat Daerah Kota Marudu pada 15 Oktober 2026 bertempat di Pekan Tandek, Kota Marudu. Program yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang ini melibatkan kerjasama 12 jabatan dan agensi kerajaan, dengan penyertaan MDKM diketuai oleh Puan Justinah Maikol. Menurut Pegawai Daerah Kota Marudu, Puan Meirin Sugara, program ini merupakan penganjuran pertama seumpamanya di daerah ini dan akan diteruskan di Bandau. Inisiatif ini bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat serta memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan berurusan secara langsung dengan agensi berkaitan.

Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian Bil. 1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian Bil. 1/2026 pada 12 Oktober 2026 di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Elvino Merijhong dan diselaraskan oleh Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Eksekutif MDKM. Mesyuarat turut dihadiri wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kudat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kudat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Marudu, Ahli Majlis serta kakitangan MDKM. Antara perkara dibincangkan ialah Seksyen 28, *Local Government Ordinance 1961*, pemasangan papan tanda talian hotline agensi berkaitan dan pembahagian 18 kawasan pemantauan kepada 18 orang Ahli Majlis.

Jawatankuasa Ad Hoc Kebersihan, Keindahan dan Keceriaan Bandar bersama Profesor Datuk Dr. Chua Kim Hing

Jawatankuasa Ad Hoc Kebersihan, Keindahan dan Keceriaan Bandar bersama Profesor Datuk Dr. Chua Kim Hing telah diadakan bagi membincangkan strategi meningkatkan kebersihan dan keindahan Kota Marudu. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap serta dihadiri Puan Meirin Sugara, Tuan Abdul Sani Arsat, Dr. Jurin Gunsalam, Ahli Majlis, kakitangan MDKM dan wakil agensi berkaitan. Profesor Datuk Dr. Chua Kim Hing, bekas Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), berkongsi pengalaman mengenai pengurusan sisa pepejal, pendidikan masyarakat dan penguatkuasaan. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat demi mewujudkan persekitaran Kota Marudu yang lebih bersih, indah dan ceria.\r\n

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kota Marudu 1448H/2026M

Penilaian Sepanduk Maulidur Rasul SAW telah diadakan pada 2 Oktober 2026 di Masjid At-Taqwa, melibatkan 34 kontinjen. Pada 3 Oktober 2026, Majlis Perarakan Sepanduk dan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kota Marudu 1448H/2026M berlangsung di Padang Utama Daerah Kota Marudu. Majlis dihadiri Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar, wakil pemimpin setempat serta Pegawai Eksekutif MDKM, Tuan Abdul Sani Arsat. Selain ceramah khas dan perarakan sepanduk, majlis turut menyaksikan persembahan, penyampaian anugerah tokoh serta hadiah pertandingan. Tahniah kepada semua pemenang dan penghargaan kepada seluruh kontinjen serta pihak yang menjayakan sambutan penuh ukhuwah ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Kali Ke-1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) terus memperkukuh usaha memajukan sektor pelancongan daerah menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Kali Ke-1/2026 yang berlangsung pada petang 30 September 2026 di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, serta dihadiri wakil Taman-Taman Sabah, Ahli Majlis, pegawai dan kakitangan MDKM. Mesyuarat diselaras oleh Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Eksekutif MDKM dan Tuan Sufian Salim, Penolong Jurutera MDKM. Antara fokus perbincangan ialah pemasangan papan tanda di lokasi pelancongan, penyediaan pusat informasi, lampu solar, permohonan lesen homestay serta pengurusan nama homestay. Usaha memperkukuh kerjasama bersama peniaga turut diberi perhatian, termasuk cadangan Tamu Komuniti (Pelancongan) bagi mengetengahkan produk, makanan, kraftangan dan keunikan komuniti tempatan, sekali gus menyerlahkan potensi Kota Marudu sebagai destinasi pelancongan.

Program Hari Cuci Malaysia 2026 Kota Marudu

Program Hari Cuci Malaysia 2026 Kota Marudu berlangsung pada 26 September 2026, jam 7.00 pagi di Pentas Utama Dataran Kota Marudu sebelum diteruskan di Pekan Bandau, Langkon dan Tandek. Program dimulakan dengan senamrobik bagi menyemarakkan semangat dan meningkatkan kecergasan peserta. Majlis dirasmikan oleh Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu. Turut hadir Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM. Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan gotong-royong, iaitu Bandau diketuai Tuan Sufian Salim dan Puan Sarina Mohd Yunus, Langkon oleh Tuan Johnny Mausai dan Tuan Jumadil Maulana, serta Tandek oleh Tuan Dzulfikri Mohd Hairi dan Tuan Wendry Bonat.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Kali Ke-1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) terus memberi perhatian kepada usaha memperkukuh sektor pelancongan setempat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Kali Ke-1/2026 yang berlangsung pada 30 September 2026 di Bilik Gerakan MDKM. Dipengerusikan oleh Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, mesyuarat turut dihadiri wakil Taman-Taman Sabah, Ahli Majlis serta pegawai dan kakitangan MDKM. Mesyuarat diselaras oleh Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Eksekutif MDKM dan Tuan Sufian Salim, Penolong Jurutera MDKM. Antara fokus perbincangan ialah penambahbaikan kemudahan pelancongan seperti papan tanda, pusat informasi dan lampu solar, selain pengurusan lesen homestay. Cadangan Tamu Komuniti (Pelancongan) turut diketengahkan sebagai platform mempromosikan produk, makanan, kraftangan dan keunikan komuniti tempatan kepada para pengunjung.

Pemilihan Zon 5 SKTS Ke-14/2026

Pemilihan Zon 5 SKTS Ke-14/2026 telah berlangsung pada 23 September 2026 bermula jam 8:00 pagi hingga selesai bagi memilih pemain yang bakal mewakili Zon 5 SKTS atau “The Northern Five”. Empat acara dipertandingkan iaitu Bola Tampar dan Sepak Takraw di hadapan Astaka Padang, Pekan Kota Marudu, manakala Futsal dan 3 on 3 di OJS Sport, Jalan Lotong. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, jurulatih, pegawai serta warga sukan atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pemilihan. Semoga usaha yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kejayaan Zon 5 SKTS di peringkat seterusnya. Teruskan semangat kesukanan! 💪

Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Kali Ke-1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Kali Ke-1/2026 pada petang 28 September 2026 di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Lagason bin Gampong, dengan penyelarasan Tuan Dzulfikri Mohd Hairi, Penolong Pegawai Penguat Kuasa, dan Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Eksekutif MDKM. Turut hadir wakil DVS, PKD, JTK, JPN, JKDM, KPDN, APM, PPHT, PDRM serta pegawai dan kakitangan MDKM. Perbincangan meliputi penggunaan kaki lima premis, operasi bersepadu, permohonan lesen, cadangan Jawatankuasa Khas Haiwan Berkeliaran serta beberapa isu penguatkuasaan di daerah Kota Marudu. Kerjasama antara agensi turut diberi penekanan bagi memastikan tindakan dilaksanakan mengikut bidang kuasa dan undang-undang.

Mesyuarat Jawatankuasa Lalu Lintas Bil. 1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Lalu Lintas Bil. 1/2026 pada petang 25 September 2026 di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Mohammad Isahak bin Awang, wakil Pejabat ADUN N.6 Bandau, dengan penyelarasan oleh Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM. Turut hadir wakil JPJ, JKR, BSPT Kota Marudu, syarikat berkaitan, Ahli-ahli Majlis serta kakitangan MDKM. Perbincangan meliputi cadangan penggantian jambatan, jalan alternatif, penyelenggaraan perabot jalan, tanda arah, garisan dan petak parkir, keselamatan jalan raya, keadaan roundabout Korongkom serta isu korekan paip pembetungan. Jawatankuasa turut meneliti inisiatif “Zero Pothole 10KM Radius”, naik taraf tanda jalan dan cadangan laluan sehala ke SMK Tandek.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Pelan Bangunan Kali Ke-1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Pelan Bangunan Kali Ke-1/2026 pada pagi 25 September 2026 di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, dengan penyelarasan oleh Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM. Turut hadir Dr. Jurin Gunsalam, Ahli-ahli Majlis Daerah serta wakil agensi berkaitan. Perbincangan meliputi pengubahsuaian dan pembaikan bangunan, permohonan menara telekomunikasi, pelan bangunan dan pembangunan, perubahan zon guna tanah serta beberapa permohonan yang dibentangkan sebelum ini. Mesyuarat turut mengambil maklum cadangan usahasama pembangunan tapak tamu dan tempat letak kereta di Pekan Kota Marudu bagi menyokong pembangunan yang lebih teratur.

Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan Bil. 1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan Bil. 1/2026 pada petang 21 September 2026 di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, dengan penyelarasan oleh Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM. Turut hadir wakil JPN Kota Marudu, JKDM, PPKP, PDRM, JBPM Zon Kudat, DVS Kota Marudu, ahli-ahli majlis serta pegawai dan kakitangan MDKM. Antara perkara yang dibincangkan termasuk permohonan Lesen Operasi, Lesen Premis Makanan (Restoran), Lesen Gunting dan Keriting Rambut (Salun), Lesen Mencuci Kereta serta Lesen Penjaja, selain perkara berbangkit dan hal-hal lain berkaitan urusan perlesenan bagi memastikan proses permohonan serta pemantauan dilaksanakan secara teratur dan mematuhi peraturan yang berkuat kuasa.

Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bil. 1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bil. 1/2026 pada pagi 21 September 2026 bertempat di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, manakala Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM bertindak sebagai penyelaras. Mesyuarat turut dihadiri oleh Dr. Jurin Gunsalam, Timbalan Pengerusi AMD, Ahli-Ahli Majlis serta pegawai dan kakitangan MDKM. Perbincangan melibatkan perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran kewangan MDKM serta tatakelola kewangan pihak berkuasa tempatan. Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan teratur.\r\n\r\n

Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang Bil. 1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang Bil. 1/2026 pada pagi 17 September 2026 bertempat di Bilik Gerakan MDKM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Ali Hassan Ismail dan dihadiri Ahli-Ahli Majlis serta pegawai MDKM. Antara perkara dibincangkan ialah cadangan pewujudan jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang, pemberian kuasa kompaun kepada Pekerja Sambilan Harian (PSH), isu motosikal di kawasan bangunan SEDCO serta penguatkuasaan undang-undang kecil. Mesyuarat turut membincangkan penyediaan dan pengemaskinian buku undang-undang kecil untuk kegunaan Ahli Majlis, termasuk perkara berkaitan haiwan berkeliaran, khususnya anjing, bagi memastikan aspek perundangan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih teratur.

Hari Cuci Malaysia 2026

AYUH WARGA KOTA MARUDU, LANGKON & TANDEK! 🧹✨♻️ Sempena World Cleanup Day 2026, Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) menjemput seluruh warga Kota Marudu untuk bersama-sama menjayakan Hari Cuci Malaysia 2026, sebuah Program Pembersihan Mega yang akan dilaksanakan secara serentak pada 26 September 2026 (Sabtu), jam 7.00 pagi di tiga lokasi utama iaitu Pentas Utama MDKM sebagai lokasi utama dan perasmian, Pekan Langkon serta Pekan Tandek. Program ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, J.P., Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN N.6 Bandau. Marilah kita bersama-sama berganding bahu membersihkan dan menceriakan persekitaran daerah demi kesejahteraan, keharmonian serta semangat kemasyarakatan bersama. Ajaklah ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan untuk turut serta mengikut lokasi terdekat kerana setiap penyertaan amat bermakna dalam merealisasikan aspirasi Sabah Maju Jaya.\r\n

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGINDAHAN DAN KEBERSIHAN BANDAR MDKM BIL. 1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Pengindahan dan Kebersihan Bandar Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) Bil. 1/2026 telah diadakan pada sebelah petang, 15 September 2026 di Bilik Gerakan MDKM, dipengerusikan oleh Encik Mujin bin Durin, Mantan Pengarah JPKA Sabah, manakala Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM bertindak sebagai penyelaras. Turut hadir wakil PKD, JKR, Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan, JPS Kota Marudu, Globinaco Sdn. Bhd., Pembinaan Kekal Mewah, ahli-ahli majlis serta pegawai MDKM. Antara perkara dibincangkan ialah replika di Roundabout Langkon, Popok dan Timbang Batu, pemilikan jalan dan parit, gelanggang bola tampar Taman Perumahan JJ serta pengurusan pokok di petak kedai SEDCO. Mesyuarat turut meneliti isu kutipan sampah dan parit tersumbat serta menekankan kerjasama semua pihak bagi memastikan Kota Marudu kekal bersih, indah dan selesa.\r\n

MESYUARAT JAWATANKUASA KESIHATAN AWAM MDKM KALI KE-1/2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Awam Kali Ke-1/2026 pada sebelah pagi, 15 September 2026 di Bilik Gerakan MDKM, dipengerusikan oleh Puan Julita Dalinsi, UPPM N.6 Bandau, manakala Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM bertindak sebagai penyelaras. Turut hadir wakil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), JPS dan JPP Kota Marudu, Ahli-Ahli Majlis yang baru dilantik serta pegawai MDKM. Antara perkara dibincangkan ialah penggredan kantin sekolah, penambahan jabatan teknikal, kawalan anjing liar, cadangan pelaksanaan mesin kompos secara percubaan, kedai tayar dan tandas awam Pekan Tandek. Mesyuarat turut menekankan cadangan kawasan larangan merokok, pengurusan sampah, penggunaan kaki lima serta penambahbaikan kad pemeriksaan kesihatan, di samping memperkukuh pendidikan dan kesedaran masyarakat demi mewujudkan Kota Marudu yang bersih, sihat dan selesa.

MESYUARAT SUKAN ZON 5 SKTS KALI KE-14 BIL. 1/2026

Mesyuarat Sukan Zon 5 Kerajaan Tempatan Sabah (SKTS) Kali Ke-14, Bil. 1/2026 telah diadakan pada 10 September 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh lima Pegawai Eksekutif PBT Zon 5 serta dihadiri wakil daripada setiap PBT. Mesyuarat membincangkan persediaan Kontinjen Zon 5 bagi menghadapi Sukan Zon SKTS Ke-14 Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 13 November 2026 di Sandakan. Antara perkara dibincangkan ialah pembentukan jawatankuasa, pemilihan atlet, jadual latihan, penyediaan pakaian kontinjen dan penginapan. Perbincangan turut melibatkan penyelarasan persediaan antara Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Pitas dan Majlis Daerah Tuaran. Kerjasama semua PBT penting bagi memastikan Kontinjen Zon 5 bersedia dan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar sebelum kejohanan.

Sesi Suai Kenal Ahli Majlis Baharu MDKM Sesi 2026/2027

Sesi Suai Kenal Ahli Majlis Baharu Bersama Pengerusi dan Pegawai Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah diadakan pada 7 September 2026 di Bilik Mesyuarat MDKM. Sesi dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN N.6 Bandau. Turut hadir YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N.7 Tandek, Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, serta Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM. Program meliputi amanat, perkongsian pengalaman, taklimat tadbir urus, Ikrar Bebas Rasuah dan pembentukan Ahli Jawatankuasa bagi memperkukuh integriti, amanah dan tanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan kepada masyarakat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

PROGRAM KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN KOMUNITI PPR KOTA MARUDU 2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah menganjurkan Program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Komuniti PPR pada 29 Ogos 2026 di Dewan Komuniti PPR. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan kebersihan, kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat. Pelbagai pengisian disediakan melalui perkongsian daripada MDKM, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu, Hospital Kota Marudu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat. Pada sebelah petang, program diteruskan dengan Program 10 Ribu Langkah Bersama Komuniti PPR bagi menggalakkan amalan hidup aktif, sihat dan meningkatkan semangat kebersamaan komuniti.

Program Jom Sarapan Bersama Bank Rakyat

Program Jom Sarapan Bersama Bank Rakyat telah diadakan pada 26 Ogos 2026 bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh kerjasama antara MDKM dengan pihak Bank Rakyat. Program dalam suasana santai dan mesra ini turut dihadiri oleh Tuan Abdul Sani, Pegawai Eksekutif MDKM dan Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Tadbir. Diharapkan program seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang dalam usaha memperkukuh hubungan baik serta mewujudkan jaringan kerjasama yang positif antara MDKM dan rakan strategik.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026 🌺 Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 Tahun 2026 dan Hari Sabah kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya seluruh warga Kota Marudu. Sempena sambutan yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai keamanan dan memelihara keharmonian yang telah dinikmati oleh generasi terdahulu sehingga hari ini. Sebagai rakyat Malaysia dan anak negeri Sabah, marilah kita terus menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghormati kepelbagaian budaya, agama dan adat yang menjadi kekuatan kita. Sabah dan Malaysia mempunyai sejarah serta identiti yang tersendiri, namun kita tetap berdiri teguh sebagai satu keluarga dalam sebuah negara yang berdaulat. Daripada MDKM untuk seluruh Malaysia dan Kota Marudu khususnya, marilah kita terus berganding bahu membangunkan daerah dan negeri tercinta, menjaga keamanan serta mewariskan semangat perpaduan kepada generasi akan datang. Kemerdekaan adalah amanah, perpaduan adalah kekuatan dan masa depan Malaysia serta Sabah adalah tanggungjawab kita bersama. 🇲🇾🌺 SELAMAT HARI KEBANGSAAN & HARI SABAH 2026! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sabah Maju Jaya!

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah Tahun 1448H/2026M.

Sambutan Majlis Perarakan dan Perhimpunan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah Tahun 1448H/2026M telah berlangsung pada 25 Ogos 2026 di Kota Kinabalu dengan penyertaan kira-kira 8,000 umat Islam. Perarakan sejauh tiga kilometer bermula dari Padang Merdeka dan berakhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), melibatkan 96 kontinjen daripada pelbagai agensi, institusi dan pertubuhan. Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) turut menyertai perarakan tersebut menerusi jemputan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP) bersama agensi dan PBT di bawah seliaannya. Antara yang terlibat ialah Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Wilayah (JPBW), Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB), Majlis Perbandaran Penampang serta PBT seluruh Sabah termasuk MDKM, MD Keningau, LB Kudat, MD Papar, MD Lahad Datu, MD Kinabatangan, MD Putatan, MD Sipitang, MD Tambunan, MD Kuala Penyu, MD Tuaran, MD Semporna, MD Kunak, MD Nabawan, MD Beluran, MD Pitas, MD Beaufort, MD Kota Belud, MD Ranau dan MD Tenom. Gabungan kontinjen KKTP seramai 650 peserta telah dinobatkan sebagai Kontinjen Teramai, dengan anugerah disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis

Majlis Angkat Sumpah dan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis telah berlangsung pada 20 Ogos 2026, jam 2.00 petang di Hilton Hotel Kota Kinabalu, melibatkan lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Sabah iaitu Majlis Daerah Kota Marudu, Majlis Daerah Kota Belud, Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Tongod, Majlis Daerah Ranau, Majlis Daerah Nabawan dan Majlis Daerah Pitas. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, JP, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Turut hadir Pegawai Eksekutif MDKM, Tuan Abdul Sani Arsat, Puan Meirin Sugara, Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu, serta pegawai dan kakitangan MDKM bagi memberikan sokongan kepada Ahli-Ahli Majlis Kota Marudu yang dilantik.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Ad Hoc Keindahan dan Keceriaan Kota Marudu Bil. 2/2026

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Ad Hoc Keindahan dan Keceriaan Kota Marudu Bil. 2/2026 telah diadakan pada 10 Ogos 2026 di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM), dipengerusikan oleh YB Datuk Dr. Maijol Mahap, ADUN N.6 Bandau merangkap Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, dengan Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM sebagai Penyelaras. Turut hadir wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Marudu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu, Pejabat Daerah Kota Marudu, Globinaco Sdn. Bhd., Pembinaan Kekal Mewah serta kakitangan MDKM. Mesyuarat membincangkan cadangan Gotong-Royong Perdana, penyediaan replika di beberapa bulatan, trek joging di Padang Utama Kota Marudu, program penebangan dan pencantasan pokok serta penyelarasan kerja pemotongan rumput bagi meningkatkan keindahan, keceriaan dan kebersihan Kota Marudu.

Mesyuarat Jawatankuasa Program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Komuniti PPR Anjuran Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) Bil. 2/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Komuniti PPR Anjuran Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) Bil. 2/2026 telah diadakan pada 10 Ogos 2026 di Bilik Gerakan MDKM dan dipengerusikan oleh Pegawai Eksekutif MDKM, Tuan Abdul Sani Arsat. Mesyuarat ini dihadiri oleh Mahadi Bin Diri (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), Marwan Bin Relih (MC PPR), Jumahah Bte Ambir (KRT PPR), Radzi Asmat (Polis Diraja Malaysia), Lee Vui Min (Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu), Sherlley Henry (Hospital Kota Marudu) serta kakitangan MDKM. Mesyuarat mencadangkan dan memuktamadkan pelaksanaan Program Komuniti PPR Kota Marudu pada 29 Ogos 2026 (Sabtu) di Dewan Taman PPR Korongkom Jaya dengan kerjasama pelbagai agensi. Program ini merangkumi senamrobik, ceramah kebersihan, kesihatan, keselamatan, pencegahan kebakaran, derma darah dan booth jualan. Pada sebelah petang, aktiviti 10 Ribu Langkah Bersama Komuniti PPR turut diadakan, dengan cenderahati disediakan kepada 300 peserta yang berjaya sampai ke garisan penamat. Penduduk PPR Korongkom Jaya dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga bagi memeriahkan program serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan kesedaran terhadap kebersihan, kesihatan dan keselamatan komuniti.

Sesi Libat Urus Bersama Penduduk Kampung Kampar dan Kampung Popok

Sesi Libat Urus Bersama Penduduk Kampung Kampar dan Kampung Popok telah diadakan pada 5 Ogos 2026 pada sebelah petang. Program ini dihadiri oleh Tuan Abdul Sani Arsat (Pegawai Eksekutif MDKM), Encik Johnny Mausai (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran), Encik T. Frankey Marcellinus Tiansong (Unit Penilaian Bahagian Kewangan) serta empat orang wakil daripada JS Valuers Property Consultants (E.M) Sdn. Bhd. Sesi ini bertujuan memberikan penerangan mengenai pelaksanaan cukai pintu kepada penduduk. Program diteruskan dengan sesi soal jawab bagi memberi penjelasan lanjut, termasuk memaklumkan bahawa rumah yang dibina di atas tanah kerajaan atau rizab kampung tidak akan dikenakan cukai pintu serta menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh penduduk.

Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran di Pihak Berkuasa Tempatan bagi Tahun 2026

Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran di Pihak Berkuasa Tempatan bagi Tahun 2026 telah diadakan pada 22 Julai 2026 (Rabu) bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Sebelum sesi audit bermula, satu mesyuarat telah diadakan sebagai persediaan dan penyelarasan pelaksanaan audit yang dihadiri oleh Pegawai Eksekutif MDKM, Tuan Abdul Sani Arsat, bersama Penolong Pegawai Tadbir, Puan Naney Martina Liman. Seterusnya, sesi Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran diteruskan bagi menilai tahap pematuhan, pengurusan dan pelaksanaan aspek kesihatan persekitaran di Majlis Daerah Kota Marudu, sekali gus memastikan perkhidmatan yang disampaikan memenuhi piawaian yang ditetapkan serta menyokong usaha penambahbaikan berterusan.

Aktiviti Kerja Amal Gotong-Royong Kutip Sampah

Aktiviti Kerja Amal Gotong-Royong Kutip Sampah telah berjaya diadakan pada 23 Julai 2026 di kawasan kedai Pekan Simpang 3, Langkon hasil kerjasama Konduan Tobilung Kota Marudu dan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Program ini mendapat penyertaan daripada pelbagai pihak yang bersama-sama membersihkan kawasan pekan melalui aktiviti kutipan sampah dan menceriakan persekitaran. Pihak MDKM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen yang diberikan serta berharap usaha murni seperti ini dapat diteruskan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan kondusif untuk semua.

Mesyuarat Program Penganjuran Hari Cuci Malaysia

Mesyuarat Program Penganjuran Hari Cuci Malaysia telah diadakan sebagai persediaan bagi pelaksanaan program pada 26 September 2026. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Tadbir, bagi membincangkan perancangan, penyelarasan tugas dan penglibatan pelbagai pihak. Program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena \"World Cleanup Day\" ini dicadangkan berlangsung di Dataran Kota Marudu, Pekan Tandek dan Pekan Langkon. Semua jabatan, agensi kerajaan, pihak swasta, institusi pendidikan, JKKK, peniaga dan orang awam akan dijemput menyertai aktiviti gotong-royong bagi memupuk budaya kebersihan, kerjasama dan kelestarian alam sekitar.

Mesyuarat Berkaitan Peniaga Pekan Goshen dan Pasar Malam

Mesyuarat Berkaitan Peniaga Pekan Goshen dan Pasar Malam telah diadakan pada 21 Julai 2026 bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM). Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif MDKM, dengan kehadiran pegawai-pegawai bagi membincangkan isu-isu berkaitan peniaga di kawasan berkenaan. Antara perkara yang dibincangkan ialah isu peniaga di Pekan Goshen dan Pasar Malam, termasuk cadangan penambahbaikan bagi memastikan persekitaran perniagaan lebih teratur, selamat dan kondusif serta menambah baik perkhidmatan kepada para peniaga dan pengunjung. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan isu kerbau berkeliaran di kawasan Tandek serta cadangan penyelesaian dan langkah penambahbaikan bagi menangani isu tersebut.

Mesyuarat Membincangkan Billboard dan Iklan di Kawasan Kota Marudu

Mesyuarat Membincangkan Billboard dan Iklan di Kawasan Kota Marudu telah diadakan pada 20 Julai 2026 bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dan dipengerusikan oleh Pegawai Eksekutif MDKM, Tuan Abdul Sani Arsat. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai MDKM, wakil daripada JKR Kota Marudu, Hotel Marudu Inn serta pihak berkaitan. Perbincangan memberi ruang kepada pihak terlibat untuk berkongsi pandangan dan cadangan berkaitan pengurusan billboard serta iklan di kawasan Kota Marudu bagi tujuan penyelarasan dan penambahbaikan. Kerjasama antara MDKM bersama agensi serta pihak berkaitan diharapkan dapat membantu memastikan pengurusan billboard dan iklan dilaksanakan dengan lebih teratur serta menyumbang kepada persekitaran Kota Marudu yang lebih kemas, tersusun dan kondusif.

Kunjungan hormat Pengurus Agrobank Kota Marudu

Pada 2 Julai 2026, telah berlangsung kunjungan hormat Pengurus Agrobank Kota Marudu kepada Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM), Tuan Abdul Sani Arsat, bertempat di Bilik Konsultasi MDKM. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama, mempererat komunikasi serta membincangkan perkara berkaitan perkhidmatan kedua-dua agensi. Selain memperkenalkan produk dan pelan baharu penyimpanan Agrobank, sesi ini turut menjadi ruang pertukaran pandangan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan masyarakat. Kunjungan ini juga dapat membina hubungan rapat dengan rakan agensi di daerah sesuai dengan peranan kedua-dua agensi yang memberi dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan masyarakat di daerah Kota Marudu.

Operasi Bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 23 hingga 24 Mei 2026

Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) melalui Unit Tindakan dan Operasi Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 23 hingga 24 Mei 2026 bermula jam 8.00 pagi sehingga selesai di kawasan kaki lima Kedai More Chance dan Kedai Tong Guan. Operasi ini bertujuan membanteras aktiviti penjualan rokok seludup serta barang tidak berkastam yang menyalahi undang-undang melalui pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis serta individu yang disyaki terlibat. MDKM menghargai kerjasama strategik bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan berharap usaha bersepadu ini dapat diteruskan bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan persekitaran perniagaan yang lebih teratur dan mematuhi undang-undang.

Mesyuarat Program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Komuniti PPR

Mesyuarat Program Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan Komuniti PPR telah diadakan pada 22 Jun 2026 di Bilik Konsultasi Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dengan kerjasama MDKM, Pejabat Kesihatan Daerah, Hospital Kota Marudu, Polis, Bomba dan wakil penduduk PPR melalui KRT. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Naney Martina Liman, Penolong Pegawai Eksekutif MDKM, serta turut dihadiri oleh Encik Johnny Mausai, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, dan Encik Dzulfikri Mohd Hairi, Penolong Pegawai Penguat Kuasa. Program yang dijadualkan pada 29 Ogos 2026 di Dewan Komuniti PPR menyasarkan penyertaan 400 penduduk melalui ceramah kebersihan, kesihatan, keselamatan dan aktiviti 10,000 Langkah. Mesyuarat turut membincangkan isu e-Waste, pelupusan minyak masak terpakai, pengurusan peniaga serta persiapan mesyuarat susulan pada 10 Ogos 2026.

Sesi penerangan “Kenali Cukai”

Sesi penerangan “Kenali Cukai” telah diadakan pada 16 Jun 2026 jam 10.30 pagi di perkarangan rumah Encik Hendry Yapolai, Kampung Radu Laut. Program ini disampaikan oleh Tuan Abdul Sani Arsat, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) kepada penduduk kampung bagi memberi pendedahan mengenai cukai dan peranannya dalam pembangunan masyarakat. Dalam taklimat tersebut, beliau menerangkan bahawa cukai merupakan bayaran oleh pihak berkuasa untuk membiayai kemudahan awam serta menjelaskan kepentingan cukai pintu sebagai sumber hasil pembangunan, penyelenggaraan infrastruktur dan peningkatan perkhidmatan kepada penduduk. Program diteruskan dengan sesi soal jawab melibatkan Encik Sufian (Penolong Jurutera), Encik Johnny Mausai (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) dan Encik T. Frankey Marcellinus Tiansong (Unit Penilaian Bahagian Kewangan). Seramai kira-kira 20 orang penduduk hadir dan mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan pelaksanaan serta kepentingan hasil cukai kepada pembangunan kawasan.

Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Program Gotong-Royong Rakan Lestari Tahun 2026

Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Program Gotong-Royong Rakan Lestari Tahun 2026 telah berlangsung pada 11 Jun 2026 di Dataran Kota Marudu sesi petang. Program ini merupakan inisiatif mengiktiraf penglibatan agensi kerajaan, pihak swasta dan institusi pendidikan tempatan dalam usaha memelihara kebersihan, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan daerah setempat secara berterusan. Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh amalan gotong-royong di komuniti setempat dan organisasi. Majlis ini turut dihadiri Pengerusi Rakan Lestari Kota Marudu Puan Lunar Moon Mairon, Tuan Abdul Sani Arshat Pegawai MDKM bersama Penolong Pegawai Eksekutif MDKM Puan Naney Martina Liman serta wakil agensi terlibat yang hadir majlis ini.

Projek Pemasangan Lampu Jalan Solar

Satu taklimat berkaitan cadangan Projek Pemasangan Lampu Jalan Solar telah diadakan pada 11 Jun 2026 di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dan dipengerusikan oleh Tuan Abdul Sani Arshat. Taklimat ini bertujuan membentangkan cadangan awal projek serta mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak yang terlibat. Perbincangan turut menyentuh cadangan lokasi pemasangan, spesifikasi lampu solar yang bersesuaian serta keperluan asas bagi memastikan pelaksanaan projek dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Program ini juga menjadi platform untuk menyelaraskan pemahaman mengenai cadangan projek yang sedang berada dalam kajian dan perancangan bagi pertimbangan lanjut.

Program Jelajah Aspirasi YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ke Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM).

Program Jelajah Aspirasi YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah ke Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) telah diadakan pada 9 Jun 2026 di Bilik Gerakan MDKM. Menteri KKTP Datuk Dr Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif bersama rombongan agensi agama menjalankan lawatan kerja bagi melihat perkembangan pengurusan daerah dan penyelarasan hala tuju pembangunan negeri. Turut hadir Datuk Dr Maijol Mahap, Setiausaha Tetap KKTP Datuk Dr Jamili Nais, Puan Faridah Binti Giau, serta wakil MUIS, PBNS, JPBW dan JHEAINS bersama Pegawai Daerah Kota Marudu Puan Meirin Binti Sugara dan Pegawai Eksekutif MDKM Tuan Abdul Sani bin Arshat.

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengindahan dan Kebersihan Bandar

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengindahan dan Kebersihan Bandar telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Maijol Mahap, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N6 Bandau merangkap Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, dengan kehadiran Puan Meirin Sugara, Pengerusi Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu bersama Tuan Abdul Sani Arshat, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu sebagai penyelaras, yang bersama-sama menyelaras perbincangan berkaitan usaha bersepadu bagi memperkukuh agenda pengindahan, kebersihan serta pembangunan persekitaran bandar yang lebih terancang dan mampan di daerah Kota Marudu demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat warga Malis Daerah Kota Marudu

SEKITAR MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT WARGA MDKM telah berlangsung dengan penuh khusyuk dan harmoni di Bilik Konsultasi Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) pada 09 Zulhijjah 1447H bersamaan 26 Mei 2026 (Selasa) dengan penglibatan warga kerja daripada pelbagai bahagian dan jabatan. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Abdul Sani Arshat, Pegawai Eksekutif MDKM, manakala bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Imam Daerah Kota Marudu, Imam Imran bin Datu Yahya. Program ini diadakan sebagai pengisian kerohanian bagi menghayati bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di samping memupuk nilai-nilai murni, semangat perpaduan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga MDKM.

Sesi libat urus isu-isu penilaian harta bersama kampung-kampung

Sesi libat urus isu-isu penilaian harta bersama kampung-kampung yang terlibat telah diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) dalam dua sesi iaitu sesi pagi pada jam 10.00 pagi dan sesi petang pada jam 2.00 petang. Sesi ini dipengerusikan oleh Puan Meirin Sugara selaku Pengerusi MDKM merangkap Pegawai Daerah Kota Marudu bersama Pengarah JS Valuers Property Consultants (E.M) Sdn. Bhd., Encik Yapp Fook Sin @ Peter Yapp serta pegawai-pegawai terlibat. Turut hadir ialah wakil Bahagian Penilaian Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Puan Farah Zatul Md. Dandan bersama pegawai-pegawai lain serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Puan Julita Dalinsi. Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK dari beberapa kampung turut hadir bagi mendapatkan penerangan berkaitan proses pengkadaran semula harta yang akan dijalankan di kawasan masing-masing. Dalam sesi tersebut, pihak JS Valuers bertindak sebagai perunding dan jurunilai bagi melaksanakan proses pengkadaran semula harta serta membincangkan persediaan sesi turun padang yang akan diadakan dalam masa terdekat bagi memberi penerangan secara langsung kepada penduduk kampung terlibat.

Taklimat Keselamatan Kebakaran dan sesi demonstrasi

Taklimat Keselamatan Kebakaran dan sesi demonstrasi telah diadakan untuk kakitangan Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) pada 12 Mei 2026 (Selasa), jam 8.30 pagi bertempat di kawasan perkarangan pejabat Majlis Daerah. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai aspek keselamatan kebakaran di tempat kerja. Taklimat tersebut disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Castro Bin Dumet yang memberikan penerangan berkaitan langkah pencegahan kebakaran, penggunaan alat pemadam api serta tindakan awal ketika menghadapi situasi kecemasan. Para peserta turut diberi pendedahan mengenai prosedur keselamatan yang betul. Selain itu, sesi demonstrasi penggunaan alat pemadam api turut dijalankan bagi memberi pengalaman praktikal kepada kakitangan MDKM. Program seperti ini amat penting dalam memastikan tahap kesiapsiagaan warga kerja sentiasa berada dalam keadaan baik dan teratur.

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu 2026

Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu 2026 berlangsung dari 6 hingga 10 Mei 2026 di Pentas Utama, Dataran Kota Marudu dengan tema “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”. Pelbagai program kebudayaan dan sukan tradisional berjaya menarik kehadiran masyarakat setempat. Pada 6 Mei 2026, pertandingan akhir Sugandoi kategori Bazanak, Songkotoun dan Terbuka telah diadakan, diikuti acara Sodop Unduk Ngadau pada 7 Mei 2026. Persembahan budaya dan bakat tempatan turut memeriahkan sambutan Kaamatan tahun ini. Acara sukan tradisional seperti Tarik Tali, Gusti Lengan, Menyumpit, Melastik dan Boling Kelapa turut diadakan bagi memelihara warisan budaya masyarakat Sabah serta menggalakkan penyertaan komuniti pelbagai peringkat usia. Kemuncak sambutan pada 10 Mei 2026 diserikan kehadiran YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, JP, Timbalan Ketua Menteri I, Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Induk (MOC) Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tahun 2026 yang menekankan kepentingan perpaduan, budaya dan pembangunan ekonomi melalui sambutan Kaamatan. Gerai pameran Majlis Daerah Kota Marudu turut menjadi tarikan pengunjung melalui pelbagai aktiviti menarik. Unit kebersihan dan penguatkuasaan MDKM juga memainkan peranan penting memastikan kelancaran sambutan sepanjang acara berlangsung.

Pautan Pantas

CodePen - partners logo slider