Keratan Akbar

Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Kota Marudu Sesi 2025–2027

KOTA MARUDU: Ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) diseru agar memainkan peranan lebih aktif dan proaktif dalam membantu memajukan daerah melalui pelaksanaan tugas dan tanggungjawab yang lebih berkesan.Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Hendrus Anding berkata, pelantikan ahli majlis bukan sekadar simbolik, sebaliknya peranan mereka amat penting dalam memperkasa fungsi PBT serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.“Adalah menjadi hasrat kerajaan agar perkhidmatan PBT sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa, bukan sahaja dari segi kecekapan dan ketelusan, tetapi juga keberkesanan menyelesaikan isu-isu rakyat secara teratur, cepat dan menyeluruh,” kata ADUN Tandek itu pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Kota Marudu Sesi 2025-2027 di sini kelmarin.Hendrus berkata, PBT juga perlu membantu menangani isu penempatan haram oleh pendatang tanpa izin (PTI), khususnya di tanah-tanah rizab Kerajaan dan milik persendirian yang menimbulkan pelbagai kesan sosial dan keselamatan.Katanya, kerjasama erat antara PBT dan agensi-agensi penguatkuasaan lain adalah penting untuk memastikan tindakan yang menyeluruh dapat diambil terhadap isu berkenaan.Beliau turut menekankan keperluan PBT untuk memainkan peranan dalam membantu membasmi kemiskinan melalui pelaksanaan program atau pemberian bantuan yang bersasar, terutamanya kepada komuniti luar bandar.“PBT juga perlu meningkatkan sosioekonomi penduduk dengan menyediakan bantuan serta kemudahan niaga kepada para peniaga tempatan, termasuk mempercepatkan kelulusan lesen operasi perniagaan bagi membolehkan mereka beroperasi tanpa halangan birokrasi,” katanya.Hendrus menambah, dalam aspek pembangunan fizikal pula, PBT disaran untuk merancang dan melaksanakan projek pembangunan dengan pendekatan yang lebih sistematik, mampan dan berkualiti agar manfaatnya dapat dirasai secara berpanjangan.Beliau berkata, setiap ahli majlis yang dilantik harus berusaha sedaya mungkin untuk menyumbang idea, tenaga dan kepakaran dalam membantu PBT melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih cemerlang.“Kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan kepada tuan-tuan bukan satu keistimewaan, tetapi satu amanah besar. Pastikan setiap keputusan dan tindakan yang diambil sentiasa berpaksikan kepada kepentingan rakyat,” ujarnya.Hendrus turut mengingatkan agar semua pihak di peringkat PBT sentiasa bersedia mendengar pandangan rakyat dan mengambil tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan masyarakat setempat.Turut hadir Pengerusi Majlis Daerah Kota Marudu, Meirin Sugarah; Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Kota Marudu, Abdul Sani Arsat; Ketua-Ketua Komponan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan

PROGRAM BAZAR RAMADHAN MDKM BERSAMA PEMIMPIN

Program Bazaar Ramadhan MDKM bersama pemimpin dapat sambutan
KOTA MARUDU: Program Bazaar Ramadhan bersama pemimpin anjuran Majlis Daerah Kota Marudu (MDKM) yang diadakan di Tapak Bazaar Ramadhan di Dewan Komuniti dekat sini mendapat pehatian orang ramai.
Sebanyak 112 gerai membuka perniagaan mereka pada Ramadan tahun ini berbanding 82 gerai pada tahun sebelumnya.
Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu Abd. Sani Arsat bersama pegawai dan kakitangannya serta Ahli Majlis Daerah mengiringi Pembantu Menteri 2, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Adun Tandek, Datuk Hendrus Anding.
Turut sama ialah Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Ketua Bahagian PGRS DUN Bandau dan Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd. Datuk Maijol Mahap melawat gerai-gerai berkenaan sambil meghulurkan sumbangan kepada pengusaha gerai jualan .

Karnival Sukan Konvokeysen UMS

Majlis Daerah Kota Marudu menjuarai bola tampar sempena karnival Sukan Konvokesyen UMS

Pautan Pantas

CodePen - partners logo slider